BM | EN | 中文

Mangsa banjir Johor terus berkurang

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Mangsa banjir yang ditempatkan di negeri ini berkurang menjadi 888 orang yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada 214 keluarga di tiga daerah.

“Daerah yang masih terjejas adalah Segamat dengan seramai 577 orang, Batu Pahat (94 orang) dan Kluang (217 orang).

Advertisement

“Setakat ini, sebanyak 19 PPS masih beroperasi di tiga daerah terlibat manakala 89 PPS lain telah ditutup,” katanya.

Tambah Chen Choon, beberapa laluan yang masih ditutup adalah Jalan Paya Balai Badang dan Jalan Putting di Segamat serta Jalan Telok Arang di Mersing.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top