BM | EN | 中文

Mangsa banjir Johor menurun kepada 516 mangsa setakat 4 petang

banjir-johor-15-julai-2020.jpg

Gambar Ehsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUL: Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan kepada 516 mangsa daripada 126 keluarga setakat pukul 4.00 petang tadi berbanding 608 orang membabitkan 148 keluarga pada tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini, yang terdiri daripada PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bunga di daerah Tangkak, dan PPS di SK Seri Sempurna, Batu Pahat.

“Paras air di beberapa kawasan yang dinaiki air mulai surut secara perlahan dan keadaan cuaca semasa cerah, bagaimanapun pemantauan berterusan akan dilakukan di kawasan berisiko banjir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata setakat petang tadi, tujuh PPS masih beroperasi melibatkan dua daerah iaitu Muar dengan 483 mangsa (120 keluarga) di enam PPS, manakala di Tangkak masih terdapat 33 mangsa dari enam keluarga berlindung di sebuah PPS.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top