BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR JOHOR MENURUN KEPADA 4,976

IMG-20191218-WA0015.jpg

Keadaan paras air di Sungai Mengkibol, Kluang. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mengawasi anak-anak supaya tidak menghampiri kawasan badan air

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Situasi banjir di beberapa kawasan di negeri ini yang semakin surut menyebabkan jumlah mangsa yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam kenyataan pada jam 2 petang tadi memaklumkan mangsa banjir kini berjumlah 4,976 orang dan ditempatkan di 58 PPS di enam buah daerah.

Jumlah tersebut menurun berbanding 5,367 mangsa pada jam 8 pagi ini dengan 48 buah PPS telah ditutup.

Advertisement

Dalam kenyataan sama, Sekretariat memetik sumber PDRM yang memaklumkan, sehingga hari ini hanya seorang mangsa korban akibat banjir.

Remaja lelaki 16 tahun menjadi korban pertama banjir di Kluang selepas ditemui lemas di Sungai Parit Haji Salam di Simpang Renggam, di sini.

Mangsa dilaporkan lemas ketika sedang bermain air di lokasi kejadian bersama empat orang rakannya pada jam lebih kurang 1.49 petang semalam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang bermain air bersama rakan-rakannya tiba-tiba hilang dari pandangan sebelum kumpulan tersebut memaklumkan kepada orang kampung untuk meminta bantuan.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengawasi anak-anak terutamanya di musim banjir ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top