JOHOR BAHRU, 19 DIS: Jumlah mangsa banjir di Johor yang berada pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun daripada 2,699 pada jam 8 pagi ini kepada 2,469 orang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam kenyataan pada jam 12 tengah hari ini memaklumkan mangsa-mangsa banjir yang terdiri dari 664 keluarga di enam buah daerah kini ditempatkan di 41 PPS.
Sementara itu, terdapat beberapa buah laluan di daerah Mersing dan Segamat yang ditutup.
Antaranya Jalan Telok Arong dan Jalan Tanah Abang di Mersing yang ditutup untuk semua kenderaan, manakala Jalan Utama Tenggaroh ditutup satu lorong namun masih boleh dilalui kenderaan ringan.
Sementara di Segamat terdapat tiga laluan yang ditutup untuk semua kenderaan iaitu di Jalan Kuala Paya Balai Badang, Jalan Puting dan Jalan Tumang.
Johorkini