JOHOR BAHRU, 20 DIS: Seramai 852 mangsa masih ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir di tiga daerah negeri ini setakat jam 4 petang, hari ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, tiga daerah masih terjejas banjir adalah Segamat, Batu Pahat dan Kluang.
“Setakat pukul 4 petang, seramai 852 mangsa daripada 207 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS yang masih dibuka akibat banjir.
“Ekoran cuaca yang semakin baik, sebanyak 92 PPS telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
JohorKini