BM | EN | 中文

Mangsa banjir Johor di PPS 3,566 orang setakat 8 malam tadi

johor-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JAN: Keadaan banjir di Johor mula menunjukkan tanda pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 3,566 orang daripada 903 keluarga setakat pukul 8 pagi berbanding 4,116 orang daripada 1,036 keluarga pada 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyataan berkata, Kota Tinggi merupakan daerah terjejas teruk sebelum ini, dengan terdapat 17 PPS masih beroperasi bagi menempatkan seramai 2,122 mangsa daripada 533 keluarga.

Di Kluang pula terdapat 919 mangsa daripada 223 keluarga, Mersing (292 mangsa daripada 77 keluarga), Segamat (90 mangsa daripada 24 keluarga), Johor Bahru (72 mangsa daripada 24 keluarga) dan Batu Pahat (71 mangsa daripada 22 keluarga).

Advertisement

Terdahulu beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata, jalan yang masih ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi; Jalan Haji Suhud di Taman Muhibbah, Johor Bahru.

Turut ditutup kawasan stesen minyak Nitar 2 dan simpang tiga Kahang ke Kluang di Jalan Nitar Utama-Kluang, Mersing.

Sehingga kini, angka korban akibat banjir di negeri Johor kekal seramai tiga orang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top