BM | EN | 中文

Mangsa banjir Johor berkurangan kepada 608 orang setakat tengah hari ini

banjir-8.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUL: Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 608 mangsa daripada 148 keluarga setakat 12 tengah hari tadi berbanding 739 orang merangkumi 188 keluarga pada sebelah pagi selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Dalam kenyataannya, Pengerus Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata dua PPS yang ditutup ialah di Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok dan SK Sungai Durian.

Bernama melaporkan setakat tengah hari ini, sembilan PPS masih beroperasi, melibatkan tiga daerah iaitu Muar dengan 526 mangsa di sembilan PPS, Tangkak dengan 67 mangsa di dua PPS dan Batu Pahat (15 orang di sebuah PPS).

Advertisement

Setakat tengah hari ini, seramai 526 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS di Muar, diikuti 67 orang di dua PPS di Tangkak dan 15 orang di sebuah PPS di Batu Pahat.

“Keadaan paras air di beberapa kawasan yang dinaiki air mulai surut secara perlahan. Bagaimanapun, pemantauan di kawasan berisiko banjir masih diteruskan oleh agensi berkaitan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top