BM | EN | 中文

Mangsa banjir Johor 1,251 orang sehingga petang semalam

banjir-johor-jun-2020-pontian.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: Hujan lebat di Johor Bahru dan Kota Tinggi sehingga semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah itu mulai dinaiki air setelah keadaan banjir di kawasan berkenaan dilihat beransur pulih sejak dua hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 1,251 orang daripada 382 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 479 orang daripada 128 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

“Kota Tinggi merupakan daerah yang paling ramai merekodkan mangsa iaitu seramai 569 orang, diikuti Mersing (320), Johor Bahru (268 orang) dan Segamat (94 orang). Kesemua mereka ditempatkan di 27 PPS di empat daerah berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Sementara itu, Bernama melaporkan Jalan Felda Semenchu (FT1406) dekat Kota Tinggi ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat manakala amaran buruk dikeluarkan bagi Segamat dan Mersing (hujan lebat dijangka berterusan) serta waspada bagi Tangkak dan Muar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top