BM | EN | 中文

Mangsa banjir Hulu Selangor, Kuala Selangor terima bantuan Yayasan Islam Darul Ehsan

YIDE.png

Gambar Ehsan Yayasan Islam Darul Ehsan

Advertisement

SHAH ALAM, 6 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Hulu Selangor dan Kuala Selangor, semalam.

Pengurus Operasinya, Md Arifin Jaafar berkata sumbangan wang tunai dan set penjagaan peribadi diserahkan kepada wakil keluarga masing-masing.

“Hujan lebat berterusan sejak Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di Kampung Baru A, Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Kampung Rantau Panjang, Kuala Selangor dinaiki air.

Advertisement

“Musibah yang menimpa semua mangsa bencana ini mendapat perhatian Yide yang turut bergegas turun padang menyampaikan sumbangan,” katanya, lapor SelangorKini.

Selain itu, Md Arifin memaklumkan orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi Yide di talian 017-756 9476.

Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah negeri ini pada Ahad susulan hujan berterusan hingga menyebabkan limpahan air Sungai Inki dan Sungai Bernam.

Advertisement

Kejadian tersebut menjejaskan Kampung Sekolah, Kampung Sungai Nilam, Kampung Serigala, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar, Kampung Alah Batu dan Kampung Belakang Sekolah di Hulu Selangor serta Kampung Rantau Panjang di Kuala Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top