BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR DINASIHAT PATUH JIKA DIARAH BERPINDAH – MB JOHOR

banjir-4.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 15 DIS : Penduduk di negeri ini yang terlibat dengan bencana banjir diminta untuk mematuhi arahan dikeluarkan pihak berwajib sekiranya disuruh berpindah.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau dimaklumkan paras air semakin meningkat di beberapa daerah pada ketika ini.

“Saya dikhabarkan paras air semain naik. Jadi kita harap penduduk terlibat banjir dengar arahan pihak berwajib kalau disuruh pindah, pindah segera.

Advertisement

“Dalam masa sama semua mangsa banjir haruslah menjaga keselamatan dan kesihatan.

“Kita di pihak kerajaan negeri akan bantu sebaik mungkin untuk tangani krisis yang berlaku ini,” katanya kepada wartawan selepas melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil, hari ini.

Pada lawatan itu, Dr Sahruddin meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa selain turut menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian kepada wakil keluarga.

Advertisement

Beliau juga meninjau sendiri persiapan makanan untuk mangsa yang dimasak di kantin sekolah tersebut dan turut sama menjamu makanan di PPS berkenaan.

Hadir sama, Adun Johor Lama, Rosleli Jahari, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Saipol Rahman Amat.

Terdahulu, PPS berkenaan menempatkan 153 mangsa daripada 38 keluarga terdiri daripada penduduk dari kawasan Tanjung Sedili.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top