SEGAMAT, 28 DIS: Bilangan mangsa yang terjejas di daerah ini akibat banjir menurun dan kini hanya tinggal 11 orang dari tiga keluarga setakat jam 8.30 malam tadi.
Kesemua mangsa banjir yang berasal dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS), iaitu di balairaya Kampung Batu Badak
Kesemua 11 mangsa dari tiga keluarga ini masih belum boleh pulang kerana kediaman masing-masing masih digenangi ‘banjir termenung’.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata cuaca kini cerah di sekitar daerah Segamat.
Namun pihaknya memaklumkan, pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan dari semasa ke semasa.
Johorkini