BM | EN | 中文

Mangsa banjir di PPS Johor tinggal 366 orang

poster-banjir.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 22 DIS: Seramai 366 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Segamat setakat jam 8 malam tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon dalam kenyataan memaklumkan daerah Segamat sahaja yang masih terkesan akibat banjir di Johor.

Sembilan PPS di daerah itu ialah di Balairaya Kampung Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh, Balairaya Gemereh, SK Kampungg Spang Loi, Sekolah Agama Kuala Paya, Dewan Kg Tandong, Buloh Kasap, Balairaya Kampung Sanglang, Sekolah Agamad Buloh Kasap dan Balairaya Bukit Tunggal.

Advertisement

Difahamkan, keadaan ‘air termenung’ setinggi kira-kira 0.3 meter menyebabkan mangsa banjir di daerah ini masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing meskipun cuaca pada hari ini cerah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top