BM | EN | 中文

Mangsa banjir di Muar, Tangkak berkurangan kepada 159 orang pagi ini

banjir-johor-batu-pahat.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUL: Jumlah mangsa banjir di Muar dan Tangkak terus berkurangan kepada 159 orang daripada 37 keluarga pagi ini, berbanding 174 orang daripada 41 keluarga, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan, menerusi kenyataan, berkata setakat 8 pagi, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) kekal beroperasi di Muar manakala satu di Tangkak.

Beliau berkata di Muar, seramai 132 orang daripada 33 keluarga masih terjejas banjir melibatkan kawasan Kampung Parit Raja Darat, Kampung Parit Raja Tengah, Kampung Parit Amal, Parit Keroma Darat, Parit Sakai, Parit Besar serta Kampung Parit Amat.

Advertisement

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahkota, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat serta SK Parit Raja.

Di Tangkak pula, katanya seramai 27 orang daripada empat keluarga dari Kampung Tanjung Gading Barat masih terjejas dan kesemua mangsa ditempatkan di PPS SK Tanjung Gading 5.

“Keadaan paras air di beberapa kawasan yang dinaiki air mulai surut secara perlahan, namun, pemantauan berterusan di kawasan berisiko banjir terus dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi berkaitan.

Advertisement

Keadaan cuaca di kedua-dua daerah juga baik pada pagi ini, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top