BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI TERPERANGKAP, MOHON BANTUAN SEGERA

mawai.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 15 DIS: Mangsa banjir di Kota Tinggi yang terperangkap lebih 24 jam memohon bantuan segera dari mana-mana pihak yang berkenaan.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Shahira Dasmin dalam catatannya memaklumkan dia kini terperangkap di kawasan Mawai, Kota Tinggi.

“Dah lebih 24JAM terkandas dekat jalan mawai. Dekat area Kubu. Tak balik balik rumah. Takde makanan. Depan belakang air naik. Kami tersangkut tengah2. Dengar kata air naik malam ni. Allahuu selamatkan kami!, tulisnya kira-kira dua jam lalu.

Advertisement

Manakala dalam kirimannya pada jam 6.12 petang tadi, beliau memaklumkan bantuan yang diharapkan masih belum tiba.

“Tolong laaaa kami tersadai di tengah2 jalan. Ke depan xboleh, ke blkg pun xboleh. Makanan tak ada. Seharian kami tak makan apa2.

“Kiri kanan hutan laluan gajah lalu. Dekat area saya ada 6 org. Depan jalan air yang taklepas ada kereta dgn lori. Xpasti berapa org..

Advertisement

“Dah cuba cari ikhitiar dari pagi call mcm2 tapi sampai skrg tak dapat bantuan. Dah nak malam lagi. Kereta tak balik pun xpe. Org mesti kena balik,” tulisnya.

Kiriman di laman Facebook tersebut boleh diiperolehi melalui pautan berikut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top