BM | EN | 中文

Mangsa banjir di Johor terus menurun, hanya satu daerah masih terjejas

banjir.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 22 DIS: Seramai 432 mangsa daripada 100 buah keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini, setakat 4 petang tadi.

Pegawai Daerah Segamat Nasri Md Ali berkata kesemua mangsa ditempatkan di sembilan PPS yang masih beroperasi di daerah tersebut.

“Seramai 11 mangsa ditempatkan di PPS Balairaya Gemereh III, (85) mangsa di tempatkan di Balairaya Gemereh IV (Batu Badak), (26) mangsa di tempatkan di Kompleks Penghulu Pogoh, (80) mangsa ditempatkan di Sekolah Kampung Spang Loi dan (118) mangsa ditempatkan di Dewan Kampung Tandong Buloh Kasap.

Advertisement

“Manakala seramai 47 mangsa di tempatkan di Sekolah Agama Kuala Paya, (11) mangsa ditempatkan di Balai raya Kampung Sanglang, (38) mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Buloh Kasap dan (16) mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Bukit Tunggal,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat.

Kenyataan itu turut memaklumkan di daerah tersebut, kawasan yang terjejas adalah Jalan Kolam Air, Kampung Batu Badak, Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tandong, Kuala Paya, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah dan Kampung Bukit Tunggal.

Terdahulu, sebanyak 99 PPS di Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Muar, Johor Bahru, Segamat, Mersing, Pontian dan Batu Pahat ditutup berikutan keadaan banjir di negeri ini yang semakin pulih.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top