BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR DI JOHOR TERUS MENURUN, 32 PPS DITUTUP

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan kepada 5,651 berbanding 7,944 sehingga jam 4.30 petang tadi dengan 32 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata setakat ini, tujuh daerah di negeri ini masih terjejas di mana 1,563 keluarga di tempatkan di 71 PPS.

“Seramai 1,923 mangsa di daerah Kluang masih diempatkan di 18 PPS, di Segamat seramai 1,256 di tempatkan di 25 PPS, di Mersing seramai 1,145 mangsa di tempatkan di sembilan PPS dan di Kota Tinggi seramai 910 mangsa ditempatkan di 10 PPS.

Advertisement

“Manakala, di Pontian seramai 221 mangsa di tempatkan di tiga PPS, di Kulai seramai 99 mangsa di dua PPS dan di Batu Pahat seramai 97 mangsa di empat PPS,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, di sini.

Kenyataan itu turut memaklumkan setakat ini 32 PPS ditutup iatu sembilan di Kota Tinggi, 11 di Kluang, satu di Kulai, satu di Muar, empat di Segamat, satu di Mersing dan kesemua pusat di Johor Bahru (lima) di tutup.

Manakala lima jalan di daerah Kota Tinggi yang ditutup akibat terputus hubungan kerana banjir adalah di Kubu Lama (KM59 Jalan Johor Bahru – Mersing), Ladang Risda (KM72/73 Jalan Johor Bahru – Mersing), 500m dari Simpang Balai Polis Mawai (KM43 Jalan Lok Heng – Mawai), Simpang Tunjuk Laut (KM70 Jalan Johor Bahru – Mersing) dan Lorong Durian 2 (Jalan Felda Aping Timur).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top