BM | EN | 中文

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 19 orang

banjir-batu-10-skudai.jpg

Gambar Ehsan FB Community Roda Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 SEPT: Mangsa banjir di Johor menurun kepada 19 orang di daerah Pontian hari ini berbanding 33 mangsa di dua daerah semalam susulan penutupan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata mangsa banjir di Pontian adalah penduduk dari Kampung Paya Embun yang masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya.

Sementara itu di Johor Bahru, kesemua PPS yang dibuka semalam telah ditutup sepenuhnya iaitu PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai yang ditutup petang semalam, manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai ditutup 8 pagi tadi.

Advertisement

Semalam, PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 menempatkan mangsa kuarantin kontak rapat COVID-19 manakala PPS SMK Skudai untuk individu yang tiada kontak rapat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top