BM | EN | 中文

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,399 orang

Mangsa-banjir-di-Johor-meningkat-kepada-5399-orang.jpeg

Gambar Ehsan Bernama

JOHOR BAHRU, 5 JAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,399 orang pada jam 8 pagi berbanding 5,364 orang pada 4 pagi Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan 1,340 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daerah yang terjejas banjir ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 3,804 mangsa, namun mencatatkan sedikit pengurangan berbanding Selasa.

“Ini diikuti Tangkak dengan 598 mangsa, Mersing (470), Muar (161), Kota Tinggi (131), Kluang (124) dan Batu Pahat (111),” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Vidyananthan berkata, ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Johor tidak mempunyai sebarang amaran bahaya melibatkan hujan pada Rabu.

Katanya, sebanyak 13 laluan masih terputus hubungan melibatkan 10 laluan di Segamat serta masing-masing satu di Mersing, Kluang dan Muar.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top