BM | EN | 中文

Mangsa banjir di Johor kini 731 orang setakat 4 petang

banjir-johor-batu-pahat-jun-2020.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JUN: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor meningkat kepada 731 orang petang ini berbanding 614 orang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata setakat 4 petang, kesemua mereka yang melibatkan 186 keluarga itu berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Seramai 316 orang daripada 86 keluarga berada di lima PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18, SK Parit Bulat dan SK Seri Menanti manakala 205 orang daripada 45 keluarga berada di tiga PPS di Batu Pahat iaitu SK Peserai, Sekolah Agama 3 Serangkai dan SK 3 Serangkai,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisement

Vidyananthan berkata di Pontian, seramai 210 orang merangkumi 55 keluarga berada di tiga PPS iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Seri Bunian serta SK Kampung Melayu Raya.

Beliau berkata berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi setakat 4 petang, hujan di kawasan pantai barat negeri itu mula reda, namun beralih ke daerah Mersing, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir sejak Sabtu lepas apabila beberapa kawasan rendah dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi kadar biasa ditambah fenomena air pasang.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top