BM | EN | 中文

Mangsa banjir di Johor Bahru, Pontian dibenar pulang petang ini – Exco

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Seramai 159 mangsa banjir daripada 41 keluarga di Johor Bahru dan Pontian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup berikutan keadaan banjir semakin pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata dua PPS yang dibuka semalam berikutan banjir kilat ditutup pada 2 petang tadi.

“PPS yang ditutup di Johor Bahru adalah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir yang menempatkan seramai 148 orang daripada 37 keluarga dari Kampung Pasir, Kampung Seri Serdang, Kampung Pengkalan Rinting dan Kampung Seri Jaya.

Advertisement

“Di Pontian pula, PPS yang ditutup adalah PPS dewan Masjid Kampung Pulai yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga dari kampung tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak kerajaan sentiasa memantau keadaan banjir di negeri ini dan akan membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top