BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT, PONTIAN MENURUN KEPADA 435

banjir-3-e1571888750869.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Seramai 435 mangsa dari 100 keluarga di dua daerah masih terjejas ekoran banjir di negeri ini setakat pukul 8.00 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir sedikit menurun berbanding 641 orang dari 141 keluarga di tiga daerah yang direkodkan pada pukul 8.00 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon kesemua mangsa di daerah Pontian dan Batu Pahat itu kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir dan ribut yang melanda kawasan mereka.

Advertisement

Bernama melaporkan, tujuh PPS itu ialah Madrasah Parit Basilam, SK Sri Bukit Panjang, Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai, SK Kampung Parit Hj Adnan dan SK Sri Bunian di Pontian.

Manakala di Batu Pahat pula terdapat dua PPS iaitu SK Sungai Kajang yang dibuka akibat ribut dan Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata penurunan jumlah mangsa berbanding semalam juga ekoran sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pulai, Gelang Patah, dekat Iskandar Puteri, telah ditutup pada pukul 11.59 malam tadi yang sebelum itu menempatkan seramai 242 orang dari 50 keluarga.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top