BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR BERTAMBAH, SATU LAGI PPS DIBUKA DI KOTA TINGGI

PPS-1.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 DIS : Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka tengahari tadi sekali gus menjadikan jumlah terkini mangsa banjir di daerah ini menjadi 39 orang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi itu dibuka pada jam 12.30 tengahari tadi.

“Seramai empat buah keluarga membabitkan 20 orang mangsa dari Kampung Jawa, Taman Aman dan Taman Mawai dipindahkan ke PPS tersebut.

Advertisement

“Susulan itu, jumlah terkini mangsa di kedua-dua PPS adalah seramai 39 orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, semalam PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia yang menempatkan lima keluarga membabitkan 19 mangsa dibuka pada jam 2.30 petang.

PPS berkenaan dibuka ekoran Kampung Parit Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja terjejas akibat banjir berlaku.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top