BM | EN | 中文

MANFAATKAN KAWASAN RIADAH PPR BAGI PENERAPAN BUDAYA SUKAN

IMG-20191005-WA0008.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Bagi memperluaskan penerapan budaya sukan dan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat, orang ramai digalakkan untuk memanfaatkan kawasan riadah dan rekreasi yang telah disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata ia bertujuan memperhebatkan gelombang budaya sukan, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Katanya, usaha ini penting bagi mempercepatkan proses menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Advertisement

“Gerakan kearah membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan rakyat bukan sahaja menjadi fokus strategi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Malah ia turut perlu digerakkan dan dijayakan oleh pelbagai pihak termasuklah di peringkat kerajaan negeri melalui portfolio saya sendiri,” katanya dalam ucapan perasmian program sukan untuk belia PPR 2019, peringkat negeri Johor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Sheikh Umar merasmikan Program Sukan Untuk Belia di Projek Perumahan Rakyat dekat PPR Stulang di sini, hari ini.

Advertisement

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan kerjasama oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan), Kelab Senamrobik Tampoi dan Kelab Bola Sepak Sri Stulang.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan futsal, bola jaring, sukaneka serta pemeriksaan kesihatan serta pameran pemakanan sihat.

Kata Sheikh Umar, program tersebut merupakan salah satu usaha untuk menjayakan hala tuju pelan strategik KBS tahun 2016 – 2020 untuk pembangunan sukan berteraskan blueprint negara yang bersukan.

Advertisement

Tambahnya lagi, penganjuran program sedemikan juga memupuk masyarakat dengan budaya hidup cergas dan sihat, selain menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top