BM | EN | 中文

Manfaatkan 70 peratus kapasiti makmal swasta yang kurang diguna – MP Bakri

Yeo-Bee-Yin-MP-Bakri.jpg
Advertisement

MUAR, 22 JUN: Kerajaan digesa memanfaatkan 70 peratus kapasiti makmal swasta yang kurang digunakan untuk memulakan ujian Covid-19 besar-besaran.

Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin percaya, kombo ujian saringan besar-besaran dan program vaksinasi besar-besaran akan memainkan peranan penting dalam memastikan Covid-19 terkawal.

“Kita mempunyai sumber untuk melakukannya. Kerajaan memperuntukkan RM600 bilion untuk memerangi Covid-19.

Advertisement

“Inisiatif uji-jejak-asing-rawat harus ada dalam senarai keutamaan (bersama dengan vaksinasi) untuk memutuskan rantaian jangkitan,” katanya, lapor Roketkini.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mendedahkan, makmal-makmal swasta kini hanya beroperasi pada tahap 30 peratus bagi ujian Covid-19.

Dalam pada itu, Bee Yin berkata, sebagai gambaran yang lebih jelas, ekonomi negara kerugian sebanyak RM1 bilion sehari sepanjang pelaksanaan PKP 3.0.

Advertisement

“Dengan RM1 bilion, kita dapat memberikan ujian percuma kepada lebih 20 juta orang!” katanya.

Sudah tentu tambahnya, dana untuk bersiap menghadapi lonjakan kes positif harian juga harus diperuntukan jika lebih banyak ujian dilakukan.

Menurutnya, ini dengan meningkatkan kapasiti mengesan, menambahbaik kemudahan di pusat kuarantin, menyediakan kit kuarantin di rumah termasuk oximeter yang mencukupi, kit ujian kendiri, alat pengesanan pergerakan dan sebagainya.

Advertisement

Secara keseluruhan, kata Bee Yin, anggaran yang diperlukan untuk inisiatif uji-jejak-asing-rawat yang berjaya hanyalah sebahagian kecil daripada peruntukan RM600 bilion Covid-19.

“Semakin cepat kita mengesan kes positif dalam masyarakat, mengasingkan, merawat jika perlu, dan mengesan kontak rapat, semakin cepat kita dapat memutuskan rantaian jangkitan.

“Ini akan menjadi usaha yang baik seiring dengan program vaksinasi kebangsaan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top