BM | EN | 中文

Manfaat untuk B40 menerusi MySI

GAMBAR-3-scaled.jpg

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis bersama Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi), MESTECC menyempurnakan perasmian Program Townhall bagi Penawaran Dana MySI Tahun 2020.

Advertisement

PUTRAJAYA, 21 FEB : Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah membuka tawaran dana Program Malaysia Social Innovation (MySI) 2020 bermula dari 20 Februari 2020 sehingga 20 Mac 2020.

Tawaran dana tersebut terbuka kepada semua agensi kerajaan persekutuan atau negeri, badan berkanun, universiti awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berhad dengan jaminan (CLG).

Timbalan Menterinya, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, program MySI merupakan salah satu cabang inovasi yang boleh memberi kesan secara langsung dan dirasai oleh rakyat terutamanya golongan B40.

Advertisement

Katanya, selain itu, program berkenaan juga mampu memberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan
keupayaan individu dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan
pendapatan menerusi aplikasi teknologi tempatan.

“Saya ingin menyeru kepada pemilik-pemilik teknologi tempatan untuk menggunakan peluang ini dalam  menterjemahkan inovasi masing-masing kepada peningkatan pendapatan, produktiviti dan kesejahteraan komuniti.

“Seterusnya sama-sama memberi sumbangan dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama, seterusnya Sustainable  DevelopmentGoals (SDGs),”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Townhall Bagi Penawaran Dana Di Bawah Program MySI Tahun 2020 yang berlangsung di pejabat MIGHT Cyberjaya, semalam.

Dalam pada itu, MESTECC dalam satu kenyataan media memaklumkan dana itu sebelumnya dikenali sebagai Program MOSTI Social Innovation (MSI) sejak 2016 dan dijenamakan semula kepada MySI pada tahun 2019.

“Dana dan program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

Advertisement

“Sehingga akhir 2019, sebanyak 133 projek telah dibiayai dengan lebih kurang 47,400 penerima manfaat sama ada secara langsung dan tidak langsung,”katanya.

Secara terperinci, pada tahun 2020, terdapat lima bidang keutamaan bagi pelaksanaan projek MySI iaitu Ekonomi (Pertanian, Perikanan dan Penternakan), Teknologi Hijau, Mesra Alam, Kesihatan dan Keselamatan.

Permohonan pada tahun ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi sistem e-MySI yang boleh dicapai melalui alamat http://www.mestecc.gov.my/emysi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top