BM | EN | 中文

Mana janji kerajaan nak agih komputer riba?

Mahadzir-Mat-Zili.jpg

Mahadzir Mat Zili

Advertisement

BATU PAHAT, 15 JUL: Kerajaan ditagih untuk menunaikan janjinya untuk memberikan komputer riba kepada golongan B40 bagi memudahkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd Radzi Md Jidin perlu membentangkan jumlah agihan komputer riba itu.

“Macam tukul dan paku. Bila ketuk baru nak berjalan. Macam itulah diibaratkan Menteri Pendidikan yang terus membisu.

Advertisement

“Selepas ni bila orang ramai pertikai dan persoalkan, baru kelam kabut nak keluarkan kenyataan kononnya ia sudah diagihkan kepada rakyat.

“Kita mahu tahu kepada siapa komputer riba itu diagihkan. Dalam keadaan sekarang ini komputer riba amat diperlukan,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Ketua Komunikasi Parti Amanah Kluang menegaskan agar kerajaan melalui Menteri Pendidikan membentangkan status Tabung Cerdik.

Advertisement

“Tabung Cerdik dilancarkan bertujuan mencari sumbangan dari syarikat-syarikat tertentu bagi menampung tabung berkenaan.

“Kita tidak pernah diberitahu mengenai status tabung berkenaan dari segi jumlah yang terkumpul setakat ini yang bertujuan mendapatkan dana bagi pembelian komputer riba berkenaan.

“Kerajaan perlu telus dalam perkara ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top