BM | EN | 中文

Mana janji-janji BN-GPS di Tasik Biru?

Granda-Aing.jpg

Granda Aing (Gambar Ehsan Roketkini)

Advertisement

KUCHING, 8 DIS: Pelbagai janji yang ditaburkan oleh GPS, atau dahulunya Barisan Nasional (BN) Sarawak, nampaknya belum ditepati di kawasan Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Sarawak.

Antara isu yang paling utama adalah keterhubungan Internet yang lemah dan ada kalanya tiada di kebanyakan tempat, sekali gus mengganggu anak-anak yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jelas calon DAP DUN Tasik Biru, Granda Aing berkata, masalah tersebut berlaku sehingga ramai terpaksa memanjat pokok, menaiki bukit dan berulang alik ke kota Bau semata-mata untuk mendapatkan isyarat.

Advertisement

“Sedangkan Bau cuma 30 minit dari kuching dan GPS kata ini akan tiada masaalah menjelang 2020,” katanya, lapor Roketkini.

Selain itu, beliau menambah, isu bekalan air telah menjadi isu yang berlarutan (perennial problems) walhal perkara tersebut telah dijanjikan bukan menjadi masalah dan peruntukan RM200 juta dikatakan sudah diluluskan.

Namun begitu, kata beliau, masalah tersebut menjadi lebih teruk sehingga ada yang terpaksa tidak mandi beberapa hari dan memasak menggunakan air mineral.

Advertisement

Granda berkata, isu kadar pengangguran tinggi dalam kalangan anak muda juga memberi kesan kepada penduduk di kawasan tersebut serta menyebabkan ramai daripada mereka terpaksa berhijrah ke Singapura dan Semenanjung untuk bekerja.

Beliau memberitahu, Kerajaan BN pada 2016 juga pernah berjanji untuk membaik pulih dan melebarkan jalan utama dari Persimpangan Sibuluh/Grogo dalam tempoh dua tahun.

“Tetapi sudah lima tahun setengah belum nampak apa-apa pun,” katanya. – Roketkini.com

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top