JOHOR BAHRU, 17 JAN: “Malique jadi idola untuk saya tapi masing-masing ada kelebihan dan karya tersendiri,” kata Yonnyboii dalam sebuah akhbar portal tempatan.
Penyanyi rap yang meningkat naik itu memberitahu, dia masih baru dalam industri ini dan jauh jika dibandingkan dengan penyanyi pujaannya itu.
Lagu ciptaan beliau bersama penyanyi baru, Zynakal bertajuk Sakit mendapat pujian netizen sehingga terdapat segelintir netizen membandingkan beliau dengan Malique.
Tambah Yonnyboii lagi, pada awalnya lagu Sakit dicipta khas untuk Zynakal untuk disampaikan secara solo.
“Namun, Zynakal mempelawa saya berduet dan menambahbaikan pada lirik,” katanya.
Lagu ciptaan mereka telah mencecah 4 juta tontonan di Youtube selepas dimuatnaik 20 Disember lepas.
JohorKini