JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Pasukan hoki kebangsaan menamatkan aksi di Kejohanan Ujian Sukan Olimpik di tempat ke-4 selepas tumpas di tangan Jepun 1-6, awal hari ini.
Skuad kebangsaan bagaimanapun mendahului perlawanan menerusi jaringan padang Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-30.
Jepun bagaimanapun menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi Hirotakan Zendana pada minit ke-32 sebelum Yoshiki Kirishita meyempurnakan pukulan sudut penalti untuk gol kedua Jepun pada minit ke-39.
Pasukan Jepun menambah empat lagi jaringan menerusi Kenta Tanaka, Kota Watanabe dan Kirishita masing-masing pada minit ke-43, 44 dan 46 sebelum Zendana sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-56 untuk melengkapkan kemenangan 6-1 keatas skuad kebangsaan.
Keputusan hari ini merupakan kekalahan terbesar Malaysian Tigers di tangan Jepun.
Sumber: Harian Metro