BM | EN | 中文

‘MALAYSIAN STREET’ PROMOSIKAN PRODUK USAHAWAN MALAYSIA DI JEPUN, SEMPENA SUKAN OLIMPIK 2020

mohd-redzuan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Kerajaan kini dalam peringkat perancangan fasa terakhir untuk membangunkan ‘Malaysian Street’ di Tokyo, Jepun, sebuah perkampungan yang akan mepamerkan produk usahawan dari negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata ‘Malaysian Street’ itu akan dianjurkan selama dua bulan, sempena Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di negara Jepun.

“Sasaran perolahan jualan sebanyak 300 juta USD (RM1.2 juta) dan seramai 40 juta pengunjung di Sukan Olimpik disasarkan untuk melalui perkampungan itu.

Advertisement

“Kita telah mendapat kelulusan jemaah menteri dan kabinet supaya peruntukan akan disediakan kepada usahawan-usahawan yang terlibat untuk mempamerkan produk mereka dalam usaha untuk mempromosikan di barangan mereka di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Mohd Redzuan berkata perbelanjaan untuk membangunkan ‘Malaysian Street’ itu adalah perkongsian daripada usahawan-usahawan yang terlibat sendiri, dengan bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Advertisement

“Pada waktu ini, kerajaan akan memberi keutamaan kepada usahawan-usahawan yang pernah mengantarabangsakan produk mereka untuk menjadi pemimpin kepada usahawan-usahawan yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan Kerjaan Jepun pada tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk diterajui atau dipimpin oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

“Justeru itu, usahawan-usahawan harus ambil peluang ini untuk mengantarabangsakan produk-produk mereka,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top