BM | EN | 中文

Malaysia tiada hala tuju pembangunan tenaga boleh diperbaharui

WONG-KAH-WOH-IPOH-TIMUR.jpg

Wong Kah Woh (Gambar Ehsan FMT)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dilihat hilang hala tuju dalam usaha pembangunan tenaga boleh diperbaharui (TBB).

Ahli parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh berkata, jawapan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) diterimanya pada 10 Nov yang mahu mengkaji semula sasaran 20 peratus TBB menjelang 2025 dan hendak menetapkan satu sasaran inklusif adalah mengejutkan.

Katanya sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menetapkan sasaran peningkatan TBB dalam penjanaan elektirk ke 20 peratus menjelang tahun 2025, tidak termasuk penjanaan hidro besar yang melebihi 100 megawatt.

Advertisement

“Kerajaan PN tidak mempunyai kemahuan politik untuk membangunkan sektor TBB di Malaysia.

“Jawapan KeTSA menunjukkan kerajaan PN seolah-olah mengaku kalah sebelum masuk medan perang, walaupun kita masih ada masa empat tahun untuk mencapai sasaran 20 peratus yang ditetapkan,” kata Wong dalam satu kenyataan semalam.

Katanya menerusi program dicadangkan PH, ia dapat membantu dalam menurunkan kadar pelepasan karbon negara dan berpotensi menjana RM33.2 bilion pelaburan dan mencipta 100,000 peluang pekerjaan baru.

Advertisement

Tambah Wong, sekiranya KeTSA tidak mempunyai idea baru, sekurang-kurangnya boleh meneruskan hala tuju MESTECC yang telah ditetapkan sebelum ini.

Antaranya, Renewable Energy Transition Roadmap (RETR), usahasama jabatan-jabatan seperti Sektor Tenaga MESTECC, SEDA, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan pemegang kepentingan industri yang dimuktamadkan sejak Februari 2020 dan sedia untuk dilancarkan pada April 2020.

“Tiada sebarang perkembangan untuk pelancaran RETR setelah pengambilalihan pemerintahan oleh kerajaan PN.

Advertisement

“Kita juga tidak nampak apa-apa usaha baru dalam sektor pembangunan TBB diumumkan oleh Kerajaan PN. Apa yang sudah berlaku? kata Wong yang juga bekas Pengerusi SEDA.

Tambahnya, pemain industri TBB juga berasa kehilangan hala tuju dan keyakinan apabila tiada pengumuman kerajaan PN berkenaan rancangan pasca-NEM 2.0 (Net Energy Metering 2.0).

“Pemerintahan PH sebelum ini telah memperkenalkan konsep “1 to 1 off-set” yang lumayan dalam NEM 2.0 dan membawa pengambilan kuota NEM yang besar dalam masa 2 tahun kebelakangan ini.

Advertisement

“Laman SEDA menunjukkan hampir 400 megawatt kuota NEM telah dipenuhi dan ini bermaksud lebih 95 peratus kuota yang dipenuhi ini adalah hasil daripada konsep baru di bawah NEM 2.0.

“NEM 2.0 akan tamat tempohnya pada 31 Disember 2020.

“Sehingga kini, industri masih sedang menunggu jawapan sama ada NEM 3.0 akan diperkenalkan dan meneruskan pulangan “1 to 1 off-set” seperti dalam NEM 2.0.

Advertisement

“Kelewatan ini menyebabkan pelabur dan pemain industri hilang keyakinan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top