BM | EN | 中文

Malaysia tempat ke-32 negara terbaik dunia 2020

IMG-20200207-WA0032.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 FEB: Malaysia menduduki tempat ke-32 negara terbaik dalam kedudukan global pada tahun 2020, menurut laporan yang dikeluarkan U.S News and World Report.

Menurut laporan itu lagi, negara yang menduduki carta 10 negara terbaik bagi tahun 2020 ialah Switzerland, Kanada, Jepun, Jerman, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Sweden, Holand dan Norway.

“Laporan ini mengambil kira beberapa faktor bagi menentukan kedudukan dalam carta negara terbaik 2020 seperti cabaran negara, kewarganegaraan, kualiti hidup, peluang perniagaan, pembangunan budaya, warisan dan beberapa faktor lain,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Malaysia mencatat 33 mata bagi pembangunan usahawan, 45 mata bagi kewarganegaraan, 32 mata bagi pembangunan warisan dan 27 mata bagi kualiti hidup.

Tambah laporan itu lagi, bagi pemilihan carta negara terbaik 2020, empat tanda aras digunakan iaitu perkembangan produk tempatan, aliran kemasukan pelabur asing, resit kemasukan pelancong antarabangsa dan indeks pembangunan manusia mengikut piawaian United Nation.

Bagi carta negara terbaik dunia untuk didiami wanita tahun 2020 dan carta negara terbaik bagi perkembangan kanak-kanak 2020, Denmark menduduki tangga teratas bagi kedua-dua carta tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top