BM | EN | 中文

Malaysia tak terima pelancong Wuhan, Hubei dan wilayah sekitar

kenyataan-media-kes-coronavirus-01-scaled.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Malaysia tidak lagi menerima pelancong daripada Wuhan, kawasan wilayah Hubei di China serta bandar di sekelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

“Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬

Advertisement

“Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau  palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum,” kata beliau dalam kenyataan.

Katanya, kemudahan imegresen itu akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal dan Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan itu bersama kerajaan China.

Sejak timbul kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China minggu lepas, kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Advertisement

Selain itu kerajaan turut mendapatkan nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jankitan ini dari merebak dengan meluas.

“Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa dan pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan,” kenyataan tersebut dipetik.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top