BM | EN | 中文

Malaysia perlu pertimbang semula keputusan usir 1,200 warga Myanmar – Chin Tong

Liew-Chin-Tong.jpg

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 FEB: Senator Liew Chin Tong mendesak kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula keputusannya untuk mengusir 1.200 warga Myanmar.

Pengerusi DAP Johor itu berkata, keputusan itu seolah mengesahkan rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar pada 1 Februari 2021.

Katanya, adalah tidak bertanggungjawab untuk menghantar semula pelarian sebegitu cepat setelah konfrontasi tentera yang dijangka membahayakan para pelarian.

Advertisement

“Walaupun jabatan imigresen memberi jaminan tidak ada pemegang kad Rohingya atau UNHCR termasuk dalam kumpulan yang akan dihantar pulang, ada kebimbangan serius kepada mereka yang melarikan diri dari negara mereka akibat penganiayaan.

“Terdapat banyak minoriti Myanmar berasal dari kawasan konflik dan menghadapi diskriminasi sistematik di negara mereka sendiri.

“Adalah mustahil untuk menilai keselamatan orang-orang ini semasa mereka tiba di Myanmar,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Advertisement

Kata Chin Tong, berdasarkan laporan yang belum disahkan, diantara 1.200 pelarian itu terdapat sejumlah pencari suaka dari kalangan Muslim Burma (warganegara), Kachin, Chin, Mon dan Rakhine.

“Sehingga pemerhati antarabangsa dapat menilai keadaan di Myanmar selamat, Malaysia bertanggungjawab memastikan tidak ada nyawa yang terancam di bawah pengawasan kita.

“Malaysia perlu meneruskan hubungan dengan junta dan pegawai yang dipilih secara demokratik di Myanmar untuk mencari penyelesaian terhadap krisis dan memulihkan demokrasi di Myanmar.

Advertisement

“Kita tidak boleh menghantar isyarat yang salah kepada dunia bahawa kita memihak kepada junta. Kepentingan jangka panjang Malaysia harus dilihat dengan baik di mata rakyat Myanmar, bukan hanya junta.

“Adalah penting bagi Malaysia untuk menunjukkan kepemimpinan untuk menyokong keamanan di Myanmar, kerana kestabilan dan kemakmuran negara jiran kita Myanmar adalah kepentingan terbaik rantau ASEAN,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top