BM | EN | 中文

“Malaysia perlu ‘operating system’ politik yang baru” – Pengerusi DAP Johor

Liew-Chin-Tong.jpg

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Berdepan kemelut politik di Malaysia, negara ini memerlukan ‘operating system’ (sistem pengoperasian) politik yang baharu, menurut senator Liew Chin Tong.

Menggunakan analogi gajet popular iaitu telefon, Pengerusi DAP Johor itu berkata kebanyakan pemimpin utama politik seolah-olah masih menggunakan Sistem Operasi (OS) lapuk Nokia 3210 untuk mengendalikan iPhone 12 Pro Max.

Justeru itu katanya, perkara yang paling penting pada masa ini adalah untuk mentadbir secara dwipartisan semampu yang boleh.

Advertisement

“Semua ahli politik Malaysia harus menerima hakikat bahawa dalam jangka masa terdekat ini tiada gabungan pemerintah yang akan memenangi undi popular melebihi 55 peratus.

“Pada masa yang sama, tiada gabungan yang kalah akan mendapat undi popular kurang daripada 45 peratus.

“Tugas utama gabungan yang menang adalah memikirkan kaedah terbaik untuk memastikan mereka yang kalah 45 peratus hingga 50 peratus tidak berasa patah hati.

Advertisement

“Gabungan parti yang menang perlu sentiasa beringat bahawa mereka juga mungkin akan kalah dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tidak ada parti yang akan memerintah tanpa rakan gabungan parti yang memiliki kekuatan yang setara dengan mereka.

Katanya, peranan Perdana Menteri bukan lagi untuk mendominasi rakan parti gabungan tetapi mengembleng kerjasama menerusi sebuah gabungan yang mampu bertahan sepanjang satu penggal penuh dan berganding rapat dengan erat tanpa membuat mereka kecewa.

Advertisement

“Era Perdana Menteri sebagai Sang Penguasa diktator sudah berakhir,” kata bekas menteri pertahanan itu.

Ujarnya lagi, kuasa tidak seharusnya berpusat di tangan seseorang Perdana Menteri dan semua parti politik di negara ini perlu mengamati OS baharu, iaitu bagaimana untuk berkongsi kuasa dalam sebuah gabungan.

Ia bertujuan agar rakan-rakan parti yang bukan daripada parti Perdana Menteri merasa selesa dan tidak melakukan percaturan baharu untuk merebut kuasa.

Advertisement

Tambahnya lagi, ‘gencatan politik’ UMNO dengan Muhyiddin tidak akan kekal sekiranya Muhyiddin bertindak seperti seorang Perdana Menteri yang mengawal dua pertiga kerusi yang dimiliki gabungan mereka.

“Pelbagai dasar boleh dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara dwipartisan. Parlimen boleh menyediakan lebih banyak maklumat kepada pembangkang dalam aspek pemikiran dasar.

“Kerajaan dan pembangkang mungkin berbeza pendapat. Tetapi, saya boleh katakan bahawa 80 peratus daripada proses mentadbir masyarakat bergantung kepada logik akal.

Advertisement

“Kerajaan dan pembangkang boleh bersetuju atas 80 peratus titik persamaan dan meluluskan undang-undang tersebut secara dwipartisan dan kemudiannya memperhalusi 20 peratus yang selebihnya,” katanya.

Tambah Chin Tong, walau apa pun kemudahan dan peruntukan diberikan kerajaan untuk ahli parlimen mereka, adalah lebih baik jika ia dilakukan secara dwipartisan supaya mereka juga dapat merasai perkara yang sama apabila menjadi pembangkang.

“Rakyat Malaysia dan demokrasi Malaysia selayaknya menerima khidmat dan layanan yang lebih baik,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top