BM | EN | 中文

Malaysia pergiat promosi pelancongan domestik, intra-ASEAN

IMG-20200223-WA0002.jpg

Musa Yusof (dua, kanan) menyambut ketibaan pelancong Eropah yang masuk ke Johor melalui Singapura di Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

Advertisement

GELANG PATAH, 23 FEB: Tourism Malaysia akan menggiatkan promosi pelancongan dalam negara dan antara negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, pelancongan domestik dan ASEAN memiliki potensi besar dan langkah itu mampu meningkatkan pendapatan negara.

“Apa yang kita lakukan ialah memperhebat dan mempergiatkan lagi pelancongan ‘Cuti-cuti Malaysia’ kepada masyarakat domestik.

Advertisement

“Perjalanan dalam Malaysia ini sahaja menjana banyak pendapatan. Data tahun 2018 (mendapati) lebih RM62 bilion pendapatan daripada pelancongan domestik sahaja, tidak masuk (pelancong) antarabangsa.

“Jadi tak kurang pentingnya (pelancongan) domestik ini,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan lawatan pemantauan pelancong di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar (KSAB) dekat Gelang Patah, hari ini.

Katanya, Tourism Malaysia turut menggalakkan sektor swasta dan rakyat Malaysia untuk mengadakan program dan mengutamakan lawatan di dalam negara.

Advertisement

Dalam pada itu, Musa berkata, pihak Tourism Malaysia juga telah menyertai ASEAN Tourism Forum pada Januari lalu di Brunei dan mendapati potensi pasaran pelancong seramai 600 juta orang dari rantau ini.

“Statistik kita pada 2018 dan 2019, lebih daripada 68 peratus yang masuk ke Malaysia ini adalah dari negara ASEAN. Jadi, strategi kita adalah untuk mempergiatkan lagi kemasukan dari negara ASEAN.

“Keputusan itu dicapai sebelum munculnya penularan Covid-19. Bila timbul isu Covid-19, memang kita akan pergiatkan lagi promosi.

Advertisement

“Semangat serantau kita di dalam ASEAN adalah untuk sama-sama membantu antara satu sama lain,” kata beliau lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top