BM | EN | 中文

MALAYSIA MASIH BEBAS PENYAKIT ASF, PEMANTAUAN DITERUSKAN

salahuddin-ayub-penyakit-asf.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Pemeriksaan dan pemantauan akan diperketatkan bagi mengelakkan kemasukan produk yang membawa kepada wabak virus Demam Babi Afrika (ASF), meskipun Malaysia masih bebas daripada penyakit itu.

Salahuddin (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima bantuan program ‘Jom Ke Sekolah’ di pasaraya @Mart, Kempas di sini, hari ini

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata walaupun setakat ini tiada kes ASF atau ‘African Swine Fever’ dilaporkan, pemantauan akan sentiasa dilakukan.

“Sejak tahun lalu, pihak kami memang sentiasa pastikan pintu masuk ke negara ini terkawal selain menguatkuasakan pemeriksaan (terhadap produk-produk yang dibawa masuk ke Malaysia).

Advertisement

“Kita perketatkan kawalan melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan memantau keadaan kerana ini adalah perkara yang sangat serius,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar selepas melancarkan program Jom ke Sekolah yang diadakan di pasaraya @Mart, Kempas di sini, hari ini.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai berkata demikian ketika ditanya mengenai wabak penyakit ASF yang baru-baru ini melanda di negara Indonesia.

Advertisement

“Walaupun setakat ini tiada kes laporan penyakit ASF dilaporkan di negara ini, kita akan pastikan keadaan akan terkawal.

“Ini termasuklah dengan memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk ke negara ini melalui MAQIS,” katanya.

ASF adalah penyakit haiwan yang boleh menyebabkan kematian hampir 100 peratus khinzir dan khinzir liar.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top