BM | EN | 中文

MALAYSIA MAHU PENJELASAN FAA

IMG-20191114-WA0028.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 14 NOV: Malaysia akan mendapatkan penjelasan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berhubung penurunan taraf keselamatan udara daripada pengawal selia kategori satu kepada kategori dua.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, melalui penjelasan tersebut Malaysia akan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan penarafan taraf keselamatan udara kepada kategori satu.

Advertisement

“Kita nak tahu apa maksudnya turun taraf ini. Kalau mereka kata kita tak cekap dan sebagainya, kita dah tunjuk bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah di antara 20 buah yang terbesar di dunia.

“Bahkan mereka diberi kepercayaan mengurus Lapangan Terbang Sabiha Gökçen di Tukri. Bukan kecil, 31 juta orang menggunakan (lapangan terbang) dan diurus oleh orang kita (Malaysia).

“Sekarang ini ada jemputan daripada negara lain untuk lapangan terbang diurus supaya selamat dengan orang kita,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas program sarapan pagi bersama NGO Tanjung Piai di Warung 800, di Pekan Nanas, pagi ini.

Advertisement

Pada 11 November lepas, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dimaklumkan penurunan taraf keselamatan udara daripada pengawal selia kategori satu kepada kategori dua selepas pemeriksaan oleh FAA.

Pengerusi CAAM Ahmad Ridzwan Mohd Salleh berkata, penurunan penilaian keselamatan itu khusus ditujukan kepada pihak berkuasa penerbangan dan bukan syarikat penerbangan tertentu.

Namun, dibimbangi syarikat penerbangan di Malaysia akan terjejas akibat penurunan taraf keselamatan itu.

Advertisement

Dalam pada itu, kata Dr Mahathir, Malaysia antara negara yang memiliki kemampuan pembangunan dan pengawasan industri penerbangan yang terbaik di rantau ini.

“Kita terkenal sebagai orang yang berkebolehan. Juruterbang kita diterima oleh negara China, Indonesia dan negara-negara Arab.

“Orang kita (Malaysia) kalau kerja di luar negeri, mereka adalah ahli profesional. Jurutera, juruterbang dan arkitek. Mereka dihormati dan gaji mereka sama dengan gaji profesional dari Eropah.

Advertisement

“Kita mahu tahu. Dia (FAA) yang buat keputusan. Apa sebabnya, kita boleh cari jalan. Kita boleh perbaiki keadaan. Tak ada masalah, kita akan atasi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top