BM | EN | 中文

Malaysia lepasi sasaran 300,000 dos suntikan vaksin sehari

vaksin-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 JUL: Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan pada Isnin, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 dos pertama dan 117,158 dos kedua,” katanya.

Advertisement

Pada 3 Julai lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sasaran 300,000 dos suntikan sehari, mulai bulan ini.

Sementara itu, Dr Adham berkata, sebanyak 9,320,476 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat Isnin menerusi PICK.

Seramai 2,735,474 orang telah terima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka, katanya.

Advertisement

Dr Adham turut memaklumkan, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi adalah Selangor dengan 367,895 orang diikuti Sarawak (326,285), Johor (290,008), Kuala Lumpur (255,348) dan Sabah (243,816).

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top