BM | EN | 中文

Malaysia jangan jadi kakistokrasi, laporan Suhakam 2019 perlu dibahas di Parlimen

Dewan-Rakyat-Parlimen-Malaysia-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin digesa untuk memanjangkan sidang Dewan Rakyat selama sehari untuk membolehkan laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2019 dibahaskan.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, ia bagi membuktikan bahawa kerajaan hari ini bukan sebuah kerajaan kakistokrasi yang takut dengan isu hak asasi manusia.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang

Katanya langkah itu juga untuk membahaskan pelbagai usul untuk merujuk ahli-ahli parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menyalahgunakan hak dan kebebasan merek di Dewan Rakyat.

Advertisement

“Adalah sangat malang jika negara ini tersepit, berada di antara kleptokrasi yang berlanjutan sehingga pilihan raya umum 9 Mei 2018.

“Kini dengan sebuah kakistokrasi dihasilkan dari Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusaha untuk menyelamatkan negara daripada satu trajektori negara yang gagal, mahupun sebuah kleptokrasi atau kakistokrasi

Bolehkah Perdana Menteri menjelaskan mengapa bersetuju membenarkan perbahasan laporan tahunan Suhakam di Parlimen semasa menjadi Menteri dalam kerajaan PH, tetapi tidak bersetuju apabila beliau menjadi Perdana Menteri? soal veteran DAP itu.

Advertisement

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kekecewaan kerana Laporan Tahunan Suhakam 2019 tidak dibahaskan di parlimen tahun ini.

Suhakam dalam satu kenyataan pada 1 Disember berkata, laporan tahunan itu mengandungi syor-syor suruhanjaya berkaitan dengan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.

Dalam pada itu Kit Siang turut memetik proklamasi kemerdekaan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia ‘akan selamanya menjadi sebuah negara demokratik dan merdeka yang berdaulat.

Advertisement

Ia berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga kesejahteraan dan kebahagiaan rakyatnya dan memastikan kedamaian yang adil di antara semua bangsa.’

“Malaysia akan memungkiri prinsip dasar pembinaan negara yang dimaktubkan Perlembagaan dan Rukun Negara jika parlimen tidak berani membahaskan laporan tahunan Suhakam dan meneruskan amalan dimulakan kerajaan PH di parlimen pada Disember lalu,” kata Kit Siang lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top