BM | EN | 中文

Malaysia jadi hab penting operasi global Intel

intel.png

Grafik Ehsan zdnet.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Malaysia menjadi hab penting kepada operasi global Intel Corporation dalam menyampaikan produk utama industri di seluruh dunia, kata Naib Presiden Korporat Robin Martin.

Martin, yang juga Pengarah Urusan Intel Malaysia, berkata pertumbuhan Intel di Malaysia dicapai melalui kerjasama kukuh kerajaan, kumpulan tenaga kerja yang pelbagai di negara ini, infrastruktur yang baik dan rantaian bekalan yang teguh.

“Seperti yang kita ketahui, banyak negara semakin kompetitif dalam menarik pelabur dan itu sebabnya bekerjasama dengan kerajaan penting supaya perubahan menjadi kenyataan dan berlaku dengan cepat,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau dalam wawancara video Khamis lalu berkata penting untuk menyedari bahawa walaupun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar bagi semua, rakyat telah dapat meneruskan kehidupan dan bekerja dalam norma baharu ini, untuk masa depan.

“Matlamat dan peluang adalah yang terbaik. Kita berada di ambang beberapa kecenderungan teknologi seperti kecerdasan buatan, 5G, (dalam persekitaran) peningkatan era Internet, yang sama-sama, akan membentuk masa depan teknologi.

“Berdasarkan asas kami yang kukuh, Malaysia berpotensi untuk menjadikan ini sebagai kenyataan,” katanya.

Advertisement

Martin berkata kebanyakan tenaga kerja Intel telah bekerja dari rumah sejak Mac tahun lepas.

Beliau berkata syarikat telah dapat memenuhi semua keperluan pelanggannya semasa pandemik melalui gabungan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), menjaga pekerja, rantaian bekalan yang kukuh dan sokongan kerajaan.

“Dalam komuniti, kami menyumbang hampir RM4 juta dalam peralatan perubatan, peralatan perlindungan diri, komputer riba e-pembelajaran, barangan runcit dan makanan.

Advertisement

“Semua ini telah diberikan kepada sekolah, hospital, penjara, rumah kebajikan, badan bukan kerajaan, petugas barisan hadapan dan keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top