JOHOR BAHRU, 11 FEB: Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bersama bagi menangani kejadian jangkitan wabak Koronavirus.
Demikian ciapan KKMPutrajaya di laman twitter, hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara fokus kerjasama ini ialah saringan dan pengesanan kes yang lebih berkesan.
“Kerjasama ini juga bertujuan menyeragamkan indikasi bagi penggunaan ubat antiviral kepada pesakit positif.
“Disamping itu, perkongsian maklumat, penyelidikan dan perubatan bagi membendung penularan jangkitan juga fokus kerjasama ini,” katanya.
Persetujuan dicapai ketika sesi sidang video bersama delegasi Singapura diketuai Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong.
JohorKini