BM | EN | 中文

Malaysia dan Singapura putuskan batal projek HSR

myHSR.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Malaysia dan Singapura memutuskan untuk membatalkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir semalam.

Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura hari ini memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.

“Susulan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada Projek HSR.

Advertisement

“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” demikian menurut kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu masing-masing diwakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Dalam perkembangan sama, kedua-dua negara menegaskan akan tetap komited menjaga hubungan dua dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.

Advertisement

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dikehendaki membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura susulan penangguhan projek berkenaan.

Terdahulu Malaysia Gazette melaporkan projek sepanjang 335 kilometer yang setujui dibina pada 2013 itu menghubungkan terminal Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dengan terminal Jurung East, Singapura dengan kelajuan tren 320 kilometer sejam.

Kedua-dua buah negara memeterai perjanjian dua hala projek itu di Putrajaya pada 2016.

Advertisement

Bagaimanapun projek tersebut digantung atas permintaan Malaysia berikutan perubahan kerajaan pada Mei 2018.

Lanjutan perjanjian itu dilakukan untuk tempoh selama dua tahun yang berakhir September 2018 dan dilanjutkan untuk kali kedua yang berakhir tengah malam tadi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top