BM | EN | 中文

Malaysia dan Singapura perkukuh kerjasama pengangkutan menerusi perjanjian grantor laluan RTS

Malaysia-dan-Singapura-perkukuh-kerjasama-pengangkutan-menerusi-perjanjian-grantor-laluan-RTS.png
Advertisement

SINGAPURA, 1 DIS: Kerjasama pengangkutan antara Singapura dan Malaysia diperkukuhkan lagl sejak minggu lepas di tengah-tengah pandemlk COVID-19 susulan pemuktamadan Perjanjlan Grantor Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura pada 24 Nov.

Perjanjian itu menetapkan tanggungjawab Grantor dalam melaksanakan peranan dan obligasinya berkaitan dengan Perjanjian Konsesli yang dimuktamadkan pada 30 Julal,2020, apablla Projek Laluan RTS disambung semula.

Grantor adalah Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura dan Kementerian Pengangkutan Malaysia, dua pihak berkuasa konsesi bagi kedua-dua kerajaan.

Advertisement

Selain itu, perjalanan antara kedua-dua negara juga mendapat rangsangan daripada pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) oleh Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hslen Loong di Woodlands Checkpoint, kelmarin.

“Kita sangat mengalu-alukan pencapaian terbaharu ini dalam usaha bersama kita untuk merancakkan kembali hubungan ekonomi kita dan menghubungkan semula rakyat kita susulan impak daripada pandemik,” kata MenteriPengangkutan Malaysia Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan disini, Isnin lalu.

Wee berkata usaha untuk merealisasikan Laluan RTS diteruskan dengan Perjanjian Grantor sebagai langkah utama dalam kemajuan projek mercu tanda itu.

Advertisement

“Kita juga gemblra dengan permulaan VTL bagi perjalanan menerusi jalan darat dan udara antara Malaysia dan Singapura bagi menghidupkan kembali hubungan budaya dan ekonomi kita yang telah lama terjalin merentasi Tambak,”katanya.

Kementerian Pengangkutan Malaysia, katanya, akan terus bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Singapura untuk meneruskan momentum bagi menambah baik hubungan dan kerjasama pengangkutan.

Laluan RTS adalah perkhidmatan kereta api rentas sempadan antara stesen Singapura di Woodlands North dan stesen Malaysia di Bukit Chagar.Johor Bahru.

Advertisement

Dengan kapasiti besar sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen Laluan RTS akan menyediakan perjalanan mudah dan selesa antara Singapura dan Johor Bahru, apabila ia memulakan perkhidmatan penumpang pada akhir 2026.

Sementara itu,M enteri Pengangkutan Singapura S lswaran berkata kemajuan dalam projek Laluan RTS serta penyambungan semula perjalanan udara dan darat antara kedua-dua negara adalah kunci bagi memulihkan hubungan dan merancakkan kembali ekonomi.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia dan rakan sejawatan saya Dr Wee untuk mengukuhkan lagi kerjasama pengangkutan dan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top