BM | EN | 中文

Malaysia dan Singapura dalam usaha iktiraf sijil vaksinasi COVID-19 masing-masing

Johor-Malaysia-Singapore-Tambak-Johor.jpeg

Gambar Ehsan SCMP/AFP

Advertisement

MUAR, 24 SEPT: Kerajaan Malaysia dan Singapura kini dalam usaha untuk mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 masing-masing bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau baru-baru ini telah berhubung dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bagi membincangkan perkara itu, dan pada dasarnya kerajaan Singapura bersetuju.

Beliau berkata buat masa ini Singapura agak berhati-hati untuk membuka sempadan antarabangsanya kerana kes COVID-19 dan proses vaksinasi kedua-dua negara masih belum selesai.

Advertisement

“Rakyat Malaysia mahu ke Singapura dan (rakyat) mereka juga mahu ke sini, ini kerana hubungan kedua-dua negara ini begitu rapat apabila ada sahaja urusan termasuk perniagaan yang berlaku setiap hari.

“Dan apabila ia (sempadan) tidak dapat dibuka, iq menjadi masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bersama Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, dekat sini, hari ini.

Sehingga kini aktiviti rentas sempadan kedua-dua negara yang dibenarkan hanyalah yang membabitkan lori dan treler yang dibenarkan, setelah mendapat suntikan vaksin di Singapura.

Advertisement

Muhyiddin berkata sekiranya perkara itu dapat diperhalusi dan mendapat persetujuan (pengiktirafan) Singapura, ia akan turut membuka peluang perbincangan melibatkan sempadan di negara lain termasuk juga Thailand.

“Sekarang ini dalam mana-mana peringkat mesyuarat kita akan berbincang waktu sempadan negara kita, bila ia boleh dibuka, sama ada kepada pelancong luar mahu pun rakyat kita sendiri.

“Kita juga akan meneliti daripada data dan sains serta pandangan daripada pakar-pakar termasuk di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia, serta soal keselamatan sempadan di bawah Kementerian Dalam Negeri,” kata beliau.

Advertisement

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada isu rentas sempadan antara perkara-perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat MPN minggu hadapan.

Selain isu rentas sempadan beliau berkata isu pengangguran, termasuk dalam kalangan siswazah di negara ini turut menjadi antara intipati utama dalam mesyuarat MPN Isnin ini.

Muhyiddin berkata selain isu kekurangan pekerjaan, MPN juga akan membincangkan isu pengurangan gaji yang dialami pekerja di negara ini.

Advertisement

“Isu siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan bukan masa pandemik sahaja, sebelum ni pun sudah wujud. Mungkin sekarang ini makin menekan dan apa yang kita sedang buat semasa saya dulu, kita lakukan inisiatif pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara.

“Saya jangka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meneruskan usaha ini untuk menjana seberapa banyak peluang pekerjaan yang mana dulu sasaran kita 500,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata peningkatan pelaburan di negara ini akan membantu menjana lebih banyak peluang pekerjaan dalam masa terdekat.

Advertisement

‘Kita lihat ekonomi mula buka, macam sektor pelancongan sudah mula buka, sektor pembuatan pun mula buka, sektor perhotelan buka dan banyak lagi, jadi dengan terbukanya sektor-sektor ekonomi ini maka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan akan dijana, dan mereka yang dulunya ‘underpaid’, mereka ini boleh cari pekerjaan yang lebih balk supaya dapat tambah pendapatan,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top