BM | EN | 中文

Malaysia boleh elak PKP 2.0 jika ujian, pengesanan kontak dimulakan awal – Chin Tong

Liew_Chin_Tong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 FEB: Senator Liew Chin Tong berkata, Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 adalah perkara terakhir dan bukannya perkara pertama perlu dilakukan sekiranya kerajaan sejak awal melakukan ujian dan pengesanan kes Covid-19.

Akibat tindak balas yang lambat itu kata Chin Tong, rakyat Malaysia terpaksa ‘membayarnya’ dengan PKP 2.0.

“Saya menulis pada 1 April 2020, pada awal tempoh PKP minggu kedua bahawa kerajaan mesti menggerakkan semua sumber yang mungkin untuk melakukan ujian, ujian dan ujian (saringan).

Advertisement

“Tempoh PKP kedua juga masih lagi tentang ujian, ujian dan ujian (saringan).

“Strategi pertahanan melalui PKP hanya “membeli masa” bagi mengelakkan lonjakan kes mendadak yang akan mengakibatkan keruntuhan sistem kesihatan.

“Tanpa memperluas ujian saringan dan pengesanan besar-besaran, kita masih tak tahu berapa ramai pembawa di luar sana yang boleh menyebarkan virus pada saat PKP berakhir kerana kita tidak mengasing dan merawatnya,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau menegaskan perkara yang ditulisnya sepuluh bulan lalu masih munasabah hari ini kerana keadaan dilihat lebih teruk berbanding April 2020.

Kata Chin Tong, antara pendekatan terbaik yang boleh dilakukan adalah melalui penglibatan ‘keseluruhan kerajaan’ dan diselaras melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tetapi entah bagaimana Menteri Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri hanya mengumumkan SOP, berapa ramai yang ditangkap, tanpa menyuntik pemikiran strategik secara keseluruhan.

Advertisement

“Jika sasarannya adalah untuk mencapai 200,000 ujian sehari, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengumumkan rancangannya bagi mendapatkan 200,000 ujian setiap hari,” kata Chin Tong yang juga bekas timbalan menteri pertahanan.

Beliau mengulangi kritikannya terhadap SOP Kementerian Kesihatan kerana tidak melakukan ujian terhadap kontak rapat yang tidak bergejala.

“PKP 2.0 sebenarnya boleh dielakkan jika kemampuan ujian Malaysia meningkat pada April 2020 dan pengujian besar-besaran terus dilakukan sepanjang masa sejak 18 Mac 2020.

Advertisement

“Sudah tiba masanya Perdana Menteri menganggap ujian sebagai mekanisme pertahanan utama dalam “perang” melawan Covid19.

“Perdana Menteri mesti memberitahu kepada rakyat Malaysia apa yang dilakukan mengenai ujian dan rancangan untuk meningkatkan kemampuannya,” kata Chin Tong lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top