BM | EN | 中文

Malaysia bertambah ‘bersih’ dalam aspek rasuah

msia-kedudukan-rasuah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 FEB: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2019 melonjak naik 10 mata pada kedudukan 51.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, kedudukan ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua ‘terbersih’ di Asia Tenggara.

“Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam APAC dan ke 50 daripada sejumlah 175 negara yang diakses seluruh dunia,” katanya.

Advertisement

Tambah Saifuddin lagi menerusi akaun twitternya, pada tahun 2017 kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International jatuh ke kedudukan paling teruk dalam sejarah iaitu kedudukan ke-62.

“Alhamdulillah, kini Malaysia melonjak 10 kedudukan ke tempat ke-51, kedudukan terbaik sejak sistem baru digunakan pada 2012,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top