BM | EN | 中文

MALAYSIA BAHARU, SEMUA PARTI ADA SUARA-GOBIND SINGH

IMG-20191110-WA0030.jpg
Advertisement

PONTIAN, 10 NOV : Semua parti mempunyai hak untuk bersuara dalam pemerintahan kerajaan baharu ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gorbind Singh Deo, bagaimanapun berkata, keadaan ini begitu berbeza ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Hak setiap parti untuk bersuara tidak ada dalam kerajaan dahulu”

Advertisement

“Dahulu, apabila pemimpin rasuah, parti mana yang bersuara. Kalau benar MCA mempunyai suara, kenapa apabila pemimpin terlibat dalam rasuah, MCA hanya diam?,” tanya beliau dalam ceramah kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di bandar Pontian, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, walaupun Pakatan Harapan (PH) baharu menjadi kerajaan selama 18 bulan, namun telah banyak perubahan yang dilaksanakan dan ini termasuklah di kawasan Tanjung Piai.

“Bayangkan, arwah (penyandang Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafiq) yang baru memimpin selama 18 bulan tetapi sudah meluluskan projek bernilai RM14.7 juta.

Advertisement

“Jadi, semasa MCA memerintah sebelum PH, apa yang mereka buat?”

Tambah beliau lagi, PRK ini amat besar bagi rakyat Tanjung Piai, kerana baru mereka sedar apa yang telah dilaksanakan oleh penyandang kerusi parlimen itu.

“Kita disini mesti teruskan apa yang diusahakan oleh Arwah Dr Farid. Hargailah kerja keras yang telah dia laksanakan untuk rakyat Tanjung Piai,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top