MESKIPUN berdepan lawan yang beraksi di peringkat lebih tinggi, skuad Bawah-18 negara dibawah kendalian Brad Maloney menunjukkan mereka tidak gentarkan sesiapa selepas membelasah Australia 3-0 dalam aksi kumpulan B Piala AFF B-18, semalam.
Walaupun di atas kertas kelebihan memihak kepada skuad muda Australia tersebut, skuad Harimau Muda negara bermula garang dan menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama untuk menutup sebarang ruang Australia mencipta kebangkitan di separuh masa kedua.
Kemenangan tersebut turut menyaksikan saingan tiga penjuru untuk ke peringkat separuh akhir dari Kumpulan B, dengan Malaysia, Australia dan tuan rumah Vietnam berpeluang melayakaan diri ke peringkat seterusnya.
Kemenangan ini juga pastinya terus membakar semangat pemain kita untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dalam edisi lepas.
Johorkini