BM | EN | 中文

Malaysia anjur persidangan biodiversiti ASEAN ketiga secara maya

biodiversiti.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Malaysia menganjurkan persidangan Biodiversiti ASEAN Ketiga (ACB 2020) secara maya pada Khamis (10 Dis) yang disertai 200 peserta khususnya dari negara ASEAN.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan semalam berkata ACB 2020 yang dianjurkan Malaysia dengan kerjasama ASEAN Centre for Biodiversity membincangkan topik perniagaan dan biodiversiti.

“Penganjuran ACB 2020 ini adalah sangat signifikan dalam menunjukkan kepimpinan negara dalam meningkatkan usaha pengurusan biodiversiti di rantau ASEAN dan antarabangsa,” katanya.

Advertisement

Kata Shamsul Anuar, antara topik yang dibentangkan pada ACB 2020 ini merangkumi Kerangka Biodiversiti Global Pasca 2020, mengarusperdanakan biodiversiti, perubahan transformatif dan inovasi dalam pemuliharaan biodiversiti serta perniagaan dan biodiversiti.

Persidangan ACB 2020 turut membincangkan peranan dan tanggungjawab yang boleh dilaksanakan oleh sektor perniagaan dan swasta dalam usaha memulihara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa serta mengarusperdanakan biodiversiti dalam pelbagai sektor.

Katanya, rantau Asia Tenggara sangat kaya dengan sumber biodiversiti. Dengan keluasan muka bumi hampir separuh berbanding saiz benua Eropah, rantau ini mempunyai lebih 54,000 spesies flora dan fauna yang merentasi tiga kelompok biogeografi iaitu Indochina, Sunda dan kepulauan Filipina.

Advertisement

“Kekayaan spesies sebegini telah memberikan pengiktirafan tiga negara di rantau Asia Tenggara sebagai antara 12 kepelbagaian biologi mega di peringkat dunia iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina,” kata Shamsul Anuar.

Beliau berkata dalam memacu tanggungjawab pemuliharaan dan penggunaan sumber secara mampan, Malaysia telah membangunkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 sebagai panduan dalam usaha konservasi sumber biologi dan bagaimana ia dapat digunakan secara lestari termasuk dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Komuniti perniagaan di Malaysia dan rantau ASEAN disaran menyokong usaha memulihara biodiversiti, menggalakkan penggunaannya secara mampan dan memastikan perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaannya, kata Shamsul Anuar.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top